Peminat makanan Korea boleh datang ke Tae Yang Island 태양섬. Tak menyesal makan kat sini sebab makanan dia sedap! Yang penting ada sijil Halal Jakim. Lokasi Tae Yang Island di lot P3-17, Shaftsbury Square, Cyberjaya. Budae Jjigae Cheese Pot ni mantap! Sedap kalau makan time mendung atau hujan. Dapat hirup kuah kimchi dia yang masam dan pedas tu. Fuh, memang layan. Roasted spicy chicken ramyeon highly recommended, 100/10. Sedap gila! Memang cukup rasa pedas, manis dan masin. Menu ni min akan repeat lagi nanti. Taeyang Special Chicken Wings ni dia punya special terletak pada 3 jenis flavour. Boleh pilih original, soy atau pun pedas. Min prefer yang pedas! Beef bulgogi ni sedap sangat diperap dengan sos BBQ special! Daging dia sangat lembut, terasa cair kat dalam mulut. Set ni sekali dengan nasi, sup dan kimchi. Bibimbap kat sini korang boleh pilih nak original, ayam, daging atau kambing. Nak lagi rare, boleh juga pilih telur ayam mentah. Untuk dessert, korang boleh cuba watermelon bingsu. Refreshing dan dapat legakan tekak lepas makan pedas. Rasa tak manis sangat. Banyak lagi menu menarik, boleh lihat sendiri dekat Facebook page Tae Yang Island. Tae Yang Island dibuka dari Isnin - Sabtu dari jam 11.30am - 10.00pm. Ditutup hari Ahad. Source from: Cyberjaya Info https://www.facebook.com/107845823957481/posts/876723970402992/
No comments yet