read.cash Log in
@Hung more from that month

Taman Buaya Sandakan (Sandakan Crocodile Farm) Taman Buaya ini antara tempat pelancongan menarik yang terdapat di Sandakan. Taman buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah. Taman buaya ini menempatkan pelbagai jenis buaya termasuk buaya tembaga. Taman buaya ini merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia yang mana menganggarkan terdapat lebih 3000 ekor buaya di taman ini. Baka asli didapati daripada buaya liar yang terdapat di sepanjang Sungai Kinabatangan. Taman buaya ini juga dijadikan sebagai pusat pemeliharaan buaya yang berlesen di negeri Sabah. Selain melihat buaya, terdapat juga beberapa haiwan lain yang terdapat di taman ini seperti ikan pelbagai jenis, ular, burung merak, monyet, kura-kura dan lain-lain. Menariknya, terdapat pertunjukan buaya dan ular khas untuk pengunjung yang datang ke taman ini. Menerusi pertunjukan ini, pengunjung dapat melihat beberapa aksi buaya seperti berus gigi, mengangkat buaya daripada penjaga dan cara penjagaan buaya yang jinak. Bagi waktu pertunjukan ini, ia dilaksanakan pada jam 11.45 pagi dan jam 4 petang. Pengunjung juga boleh memberikan makanan kepada ikan-ikan yang ada di Taman ini. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain yang disediakan adalah seperti laluan pengunjung yang beratap, foto corner untuk bergambar dan juga beberapa replika buaya untuk bergambar. Bagi mereka yang ingin datang ke Taman Buaya Sandakan, boleh menggunakan pengangkutan bas awam, perkhidmatan e-hailing (maxim, grab) dan kenderaan persendirian. Manakala harga tiket juga berpatutan Dewasa (RM12), kanak-kanak (RM6) dan untuk pelancong asing (RM15).

No comments yet

Log in to join in Reading is open to everyone. Replying needs an account.